

AHLI LEMBAGA PENGARAH
DATO’ RAZALI DAUD J.P (Pengarah Urusan)
Dato’ Razali Daud, 58 tahun adalah anak jati Kelantan yang memulakan kerjaya pertama beliau sebagai pegawai kerajaan pada usia 27 tahun, Pada tahun 1986, beliau nekad dan telah beralih kerjaya ke sektor swasta dalam bidang perhutanan dan pembalakan. Berbekalkan pengalaman dalam sektor kerajaan dan swasta beliau telah menubuhkan sebuah syarikat pembinaan dan pengurusan hartanah iaitu Sentosa Jaya Sdn Bhd pada tahun 1988 yang juga menjadi asas kepada penubuhan Kumpulan Sentosa kemudiannya.
Selain itu, beliau juga aktif dalam program dan aktiviti kemasyarakatan sehingga mendapat perhatian KDYMM Sutan Kelantan, Sultan Ismail Petra pada masa tersebut. KDYMM Sultan Kelantan telah menganugerahkan beliau anugerah Pingat Bakti (PB) pada tahun 2003 sejajar dengan jasa dan taat bakti beliau kepada rakyat dan pemerintah negeri Kelantan dan diikuti Jaksa Pendamai (JP) pada tahun 2005 serta Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan (DJMK) yang membawa gelaran Dato’ pada tahun 2008.
MOHD RAZIF RAZALI (Pengarah)
Mohd Razif bin Dato’ Razali, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Dalam Bidang Pengurusan Dan Pemasaran daripada Universiti Lim Kok Wing, Cyberjaya. Melalui ilmu pendidikan yang tinggi dan azam yang cekal, beliau memulakan kerjaya sebagai seorang Pengarah bagi Syarikat Sentosa Ventures Sdn. Bhd. dari tahun 2004 sehingga sekarang yang mana syarikat tersebut merupakan sebuah syarikat kontraktor kelas A yang terlibat di dalam sektor pembangunan hartanah.
Pada masa yang sama beliau telah memperkukuhkan dirinya dengan pelbagai kemahiran dan pengalaman di dalam pelbagai aspek pengurusan syarikat tersebut walaupun pada usia yang muda. Dengan gabungan ilmu pendidikan dan pengalaman ini, beliau telah menunjukkan satu tahap kemajuan yang tinggi bagi memperkembangkan lagi bidang yang diceburi oleh beliau.
Selain daripada Pengarah Syarikat Interbumi Mining Sdn. Bhd., beliau juga merupakan Pengarah Syarikat Donraz Development Sdn. Bhd. dan Sentosa Jaya Sdn. Bhd. Di samping itu juga beliau adalah seorang Pengurus Pemasaran bagi Syarikat Sentosa Jaya Development Sdn. Bhd. dan kemudiannya dilantik sebagai Pengarah di syarikat tersebut.
NIK ZULFIKRI NIK MAHMOOD (Pengarah)
Nik Zulfikri bin Nik Mahmood adalah anak jati negeri Kelantan yang mempunyai kelulusan Diploma Perakaunan dan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM). Pada tahun 2002, beliau memulakan karier pertama beliau sebagai eksekutif junior akaun di syarikat Sentosa Jaya Sdn Bhd pada usia beliau mencecah 25 tahun.
Kemudian, pada tahun 2004 beliau dilantik juga sebagai eksekutif junior akaun di syarikat Sensite Builders Sdn Bhd yang terletak di bawah satu bumbung syarikat Kumpulan Sentosa.
Dua tahun berikutnya, beliau dilantik sebagai eksekutif akaun syarikat Interbumi Mining Sdn Bhd sebelum dinaikkan pangkat kepada Pengurus Kewangan pada tahun 2010.
Pada tahun 2013 dan ketika usianya 36 tahun, beliau telah diberi kepercayaan oleh barisan pengarah lain dan telah dilantik sebagai salah salah seorang Pengarah bagi syarikat Sentosa Jaya Sdn Bhd sejajar dengan tempoh sumbangan perkhidmatan beliau selama lebih 10 tahun kepada syarikat.
RAZIELA BINTI RAZALI (Pengarah)
Raziela binti Dato’ Razali, 26 tahun berkelulusan Sarjana Muda Kejuruteraan Awam daripada Universiti Tenaga Nasional (UNITEN). Beliau telah mendapat pengalaman latihan industri di syarikat Jurutera Perunding Nusa Sekutu sebagai persediaan karier sebelum menamatkan pengajiannya dengan jaya.
Karier beliau bermula sebagai eksekutif pembangunan hartanah di salah sebuah syarikat pembinaan terkemuka di Kuala Lumpur iaitu Bina Puri Properties Sdn Bhd dan masih menjawat jawatan tersebut sehingga kini.
Beliau telah dilantik sebagai Pengarah di syarikat Sentosa Jaya Sdn Bhd pada September 2014 sebagai usaha memperkasa syarikat tersebut.
